Wednesday, December 17, 2008

DINNER TIME!

aS UsUaL...LaUk sEgerA ,,,HEHE



AYAM MASAM MANIS...

2 keping dada ayam
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
3 biji cili padi (jika suka)/di hiris nipis
1 biji bawang besar/ dihiris nipis
garam secukupnya

Cara:

dada ayam potong dadu, garamkan dan goreng dlm minyak sedikit hingga masak.
keluarkan minyak tinggalkan dlm satu sudu sahaja. masukkan cili boh, goreng hingga garing.
masukkan cuka, gula dan garam serta cili padi. goreng sekejap hingga mesra.
akhir sekali masukkan bawang besar. siap untuk di makan!




ASPARAGUS GORENG BERSAMA CENDAWAN

10 ekor udang/buang kulit
segenggam asparagus/potong dlm 2 inci
cendawan kelabu/ siat2kan
2 biji bawang putih/ketuk2 aje
3 biji cili padi/potong halus
3 sudu besar oyster sauce
1/2 biji bawang besar
garam/gula
minyak untuk menumis
1/4 cawan air

Cara:

tumis bawang putih, cili padi, udang. bila udang masak, masukkan oyster sauce dan air.
biarkan mendidih seketika. masukkan asparagus. bila asparagus sudah bertukar warna,
masukkan cendawan dan bawang besar. perasakan garam dan gula. siap!

0 comments: