Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

SALTED EGG CRAB




KETAM TELUR MASIN
1 kg ketam (gaul dengan tepung beras @ jagung dan goreng)
3 biji telur masin (di ambil merah shj dan d stim kan @ microwave)
3 biji bawang putih d cincang halus
8 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar gula
3 sudu besar mentega untuk menumis
Cara:-
Telur merah di penyek2 hingga halus.
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila sudah cair, tumis kan bawang putih, cili padi dan daun kari. Bila sudah wangi, masukkan telur merah, gula dan susu cair. Masukkan ketam yang sudah d goreng tadi dan kacau hingga sebati. Angkat.
Nota: tidak perlu garam kerana telur merah sudah masin
Cubalah!

Friday, February 13, 2009

Udang Padprik


Udang la pulakk...sotong dah abes cerita..hehe
This is my version of udang padprik..senang aje laa..

250g udang..(buang kepala/kulit..tingga sket kt ekor)
4 biji cili padi d ketuk ketuk
4 hiris halia pastu ketuk sket
2 batang serai d ketuk
4 ulas bawang putih d ketuk
4 ulas bawang merah d mayang halus
1/2 labu bawang besar di hiris
sayuran (baby corn, carrot, bunga kobis dll)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar cili sos
1/4 cawan air (atau kurang)
2 helai daun limau purut
minyak untuk menumis


panaskan minyak n tumis cili padi,halia, serai, bawang putih dan bawang merah. bila wangi masukkan udang. masak hingga udang bertukar warna. masukkan sos tiram dan sos cili. tambah air sikit2. jangan terlampau cair. masukkan pula sayuran dan bawang besar. masak hingga bawang separa layu. perasakan garam+gula. last sekali masukkan daun limau.

Sotong vs Sotong



sotong celup tepung lagik...addicted to it laa...
Now u all know la that i really lurve sotongs..hehe
last version punya resepi..celup tepung gandum aje kan
tu pon dah maveles ...but this one..i used 3 types of tepung,
add together tpg gandum, tpg beras, tpg jagung (equal qty each)
lagii umpppph...crispier.... krup krap..krup krap..
cicah pulak dgn thai chilli sauce..wallaaa..!!

pic below is sotong sambal..usual resepilah..
u all dah terror kan..hehe (malas nk taip resepi)

Friday, February 6, 2009

SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP


Bahan-bahan:
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara:

Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Wednesday, December 31, 2008

BUTTER PRAWN


15 ekor udang sederhana
3-4 biji telur merah
6 sudu butter
5 biji cili padi
2 sudu susu cair
3 ulas bawang putih
daun kari
garam/gula
minyak

perapkan udang dengan garam. goreng udang dalam minyak sederhana hingga masak. angkat.
panaskan 5 sudu butter sampai cair. bila agak panas, masukkan telur merah, kacau dengan garpu @ chopstick dengan cepat. pastikan ianya garing sebelum angkat. toskan.
panaskan 1 sudu butter, tumis bwg putih, cili padi dan daun kari. masukkan susu cair, gula dan garam. bila sudah sebati, masukkan udang, kacau hingga udang garing. akhir sekali masukkan telur merah. kacau dan sedia untuk di hidangkan..

Tuesday, November 4, 2008

KETAM MASAK OYSTER SAUCE



Resepi Senang Sahaja!....
Bahan-bahan:
2 ekor ketam bunga saiz sederhana (pilih yg 'jantan' - banyak isi!)
5 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
2 batang serai - hiris halus
10 biji cili padi - hiris halus
1" halia - hiris halus
1/4 cawan oyster sauce (+ air = 1/2 cawan)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
gula/garam
minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara:
Bersihkan ketam. Gaul dengan garam kunyit (sikit sahaja) dan goreng.
Tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia hingga wangi.
Masukkan cili padi dan oyster sauce, kicap manis, sos tomato.
Masak hingga mendidih. Kalau nampak terlalu pekat, tambah air dan kalau
terlalu cair, didihkan lama sedikit hingga agak pekat
Perasakan garam dan gula. Akhir sekali masukkan ketam yang telah di goreng tadi.
Goreng hingga kuah melekat pada ketam.
Senang aje kannn...Selamat Mencuba!