Tuesday, November 4, 2008

KETAM MASAK OYSTER SAUCE



Resepi Senang Sahaja!....
Bahan-bahan:
2 ekor ketam bunga saiz sederhana (pilih yg 'jantan' - banyak isi!)
5 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
2 batang serai - hiris halus
10 biji cili padi - hiris halus
1" halia - hiris halus
1/4 cawan oyster sauce (+ air = 1/2 cawan)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
gula/garam
minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara:
Bersihkan ketam. Gaul dengan garam kunyit (sikit sahaja) dan goreng.
Tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia hingga wangi.
Masukkan cili padi dan oyster sauce, kicap manis, sos tomato.
Masak hingga mendidih. Kalau nampak terlalu pekat, tambah air dan kalau
terlalu cair, didihkan lama sedikit hingga agak pekat
Perasakan garam dan gula. Akhir sekali masukkan ketam yang telah di goreng tadi.
Goreng hingga kuah melekat pada ketam.
Senang aje kannn...Selamat Mencuba!


0 comments: