Friday, February 13, 2009

Udang Padprik


Udang la pulakk...sotong dah abes cerita..hehe
This is my version of udang padprik..senang aje laa..

250g udang..(buang kepala/kulit..tingga sket kt ekor)
4 biji cili padi d ketuk ketuk
4 hiris halia pastu ketuk sket
2 batang serai d ketuk
4 ulas bawang putih d ketuk
4 ulas bawang merah d mayang halus
1/2 labu bawang besar di hiris
sayuran (baby corn, carrot, bunga kobis dll)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar cili sos
1/4 cawan air (atau kurang)
2 helai daun limau purut
minyak untuk menumis


panaskan minyak n tumis cili padi,halia, serai, bawang putih dan bawang merah. bila wangi masukkan udang. masak hingga udang bertukar warna. masukkan sos tiram dan sos cili. tambah air sikit2. jangan terlampau cair. masukkan pula sayuran dan bawang besar. masak hingga bawang separa layu. perasakan garam+gula. last sekali masukkan daun limau.

1 comments:

azura said...

syok tu....paprik....layannnn