Wednesday, April 29, 2009

Grilled Chicken W Black Pepper Sauce


Chicken
ayam bahagian peha/ dah buang tulang
sos tomato
kicap manis
sudu besar fresh rosemary.. fresh @ kering pun boley
1 sudu besar serbuk paprika
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mangkuk madu
2 sudu besar butter yg dicairkan/ minyak zaitun
Perap isi ayam dengan bahan2 di atas
Kalau boleh lama sket lah..biar meresap dlm isi ayam
Panaskan grill pan/skillet..bakar tanpa minyak hingga masak
Black Pepper Sauce
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

2 comments:

c H! e said...

Kak Lily...nape tak letak resepi sekali? Sangat membuatkan saya terliur la..hoho..

Kak Ton @ Kak Lily said...

Hikhik...tengah cari resepi..ntah kemane la campaknye..

thanks chie, sudi dtg blog akak yg baru je sawangnye d tepis2..hehe